UNDANGAN UNTUK PEMBENTANGAN TEKS / PENTERJEMAHAN

Pemerintahan kuku besi saling berubah dan berbentuk mutasi. Pihak sayap kiri dan anti- liberal, di dalam dan di luar Amerika Syarikat, telah lama menentang perampas Amerika dan Eurocentric palsu yang membahagikan dunia antara demokrasi Barat dan kediktatoran atau regim dunia ketiga. Pilihan raya presiden Amerika yang berbaur perkauman, xenofobik, dan autoritarian memperlihatkan kepura-puraan binari ini. Ia juga memperlihatkan kepura-puraan orang-orang yang menggunakan binari palsu ini untuk menyemarakkan nasionalisme populis dan menyokong pemerintahan yang menindas mereka sendiri. Di sebalik permukaan negara, modal hasil dorongan autoritarianisme adalah syarikat bebasnya sendiri dengan francais yang mendagangkan ketenteraan, kekerasan dan pengawasan di seluruh dunia.

Undangan ini bertujuan untuk bertindak balas terhadap penjajaran yang didorong oleh keuntungan ini. Ia bertujuan untuk merangsang ketidakpuasan dan memperdalamkan keinginan kita untuk membebaskan diri dengan mempermudahkan pertukaran dimana pemikiran tenaga revolusioner dan puisi dekolonial transnasional dapat dikongsi, dikemukakan dalam bentuk dialog, dipergiatkan, dan diperluaskan. Ini adalah undangan global kepada semua penulis, pemikir, pembaca, intelektual, aktivis, artis, dan penentang untuk menghantar teks kepada kita, dalam kepelbagaian bahasa, yang membuktikan perjuangan kontemporari terhadap autoritarianisme, dan juga kerumitan yang heteropatriarki, penindasan kaum, bencana kapitalisme, keunggulan kaum kulit putih, dan keganasan yang dilakukan oleh negara penjajah peneroka yang menakluki tanah bangsa yang berdaulat. Sehingga mencapai kemerdekaan, tiada siapa akan bebas.

Kami secara khusus mengalu-alukan teks ringkas, 1-2 halaman yang dapat:

• mengesan impak emosi dan luaran (termasuk trauma generik) berpunca dari

penindasan yang ditaja kerajaan, dan/atau

• menawarkan kisah alternatif berdasarkan rintangan dan ketahanan, dan/atau

• mengupas naratif pengkhususan Amerika dan Barat, dan/atau

• mengenal pasti penindas dari luar simbol konvensional autoritarianisme (diktator, zalim,

dan sebagainya)

Puisi, senarai, naratif peribadi, penyertaan diari, cerita, laporan pemerhatian, panduan pengajaran – kami mengalu-alukan kepelbagaian bahasa dalam sebarang bentuk atau genre, dan teks terpilih akan diterjemahkan, bahasa Inggeris bukan bahasa sasaran. Anda boleh menghantar atau mencadangkan teks tanpa terjemahan (dan terjemahan akan ditauliahkan), atau teks yang disertakan dengan terjemahan tersendiri atau dalam bahasa yang lain (dan kami akan menambah bahasa-bahasa yang lain).

Bahan terpilih akan diedarkan melalui poster, risalah, dan konsortium majalah talian yang berfokus terjemahan antarabangsa. Sila kongsi, siarkan, ajukan, dan edarkan undangan ini. Penyertaan boleh dihantar ke: WeTransist@gmail.com. Sila sertakan juga:

  • 1)  penerangan ringkas mengapa teks atau terjemahan yang dikemukakan relevan
  • dengan undagan ini dan
  • 2)  bahasa dan konteks lain yang mungkin paling relevan dengan teks/penyertaan ini.
  • Semua penyertaan akan dipertimbangkan secara bergiliran. Kami menterjemah untuk kepentingan perpaduan geopolitik dan pencinta revolusi.